Instrumen Pemantauan Pengurusan Peralatan ICT dan Data EMIS
Untuk maluman semua sekolah, Unit ICT PPD Papar sedang menjalankan Pemantauan Pengurusan ICT dan Data EMIS di setiap sekolah. Oleh itu, pihak sekolah diminta mengisi Instrumen Pemantauan yang telah disediakan. Sekolah boleh memuaturun borang diĀ Instrumen_Pemantauan (PPD) (1) .
Borang yang sudah lengkap di isi hendaklah di cetak dan dihantar ke Unit ICT PPD Daerah Papar selewat-lewatnya 14 Oktober 2011.
* Sekolah tidak perlu memasukkan Tarikh ke dalam borang yang disediakan
Pemantauan PKG Ke SK Gana
Pada 29 september 2011, PKG Papar telah menjalankan pemantauan ke SK Gana yang bertujuan memberi khidmat nasihat dan teknikal dalam bidang Pusat Sumber Sekolah, Pelaksanaan Program NILAM dan ICT Sekolah. Semasa pemantauan, PKG dan Pihak Sekolah dapat berkongsi ilmu dan idea dalam mempertingkatkan prestasi serta kualiti Pusat Sumber Sekolah, Pelaksanaan Program NILAM dan ICT Sekolah.
Pemantauan PKG ke Sk Kelanahan
Pemantauan PKG ke SK Kelanahan ini dijalankan pada 28 September 2011 dan bertujuan memberi khidmat nasihat dan teknikal dalam bidang Pusat Sumber Sekolah, Pelaksanaan Program NILAM dan ICT Sekolah. Semasa pemantauan, PKG dan Pihak Sekolah dapat berkongsi ilmu dan idea dalam mempertingkatkan prestasi serta kualiti Pusat Sumber Sekolah, Pelaksanaan Program NILAM dan ICT Sekolah.
.









